Berikut merupakan pelbagai jenis alatan yang selalu kita dapati di dalam bengkel Kemahiran Hidup :
Alat ini digunakan untuk mengukur dan memindahkan ukuran. Selain itu, pembaris keluli juga digunakan untuk membina garisan lurus pada permukaan dan menguji kerataan permukaan.
Sesiku L
Alat ini digunakan untuk membuat garisan lurus bersudut tepat, menguji kerataan, ketepatan. dan kepersegian.
Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk menyukat dan menanda jarak dengan pisau atau pensel. Selain itu, alat ini berfungsi dalam menguji jarak di antara tanda-tanda dan menyelaraskan jarak tolok.
Apit G digunakan untuk mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu dan memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan.
Alat ini juga digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit.
Alat tangan ini digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai dan sebagainya.
Saiznya adalah antara 125 mm hingga 300 mm.
Saiznya adalah antara 125 mm hingga 300 mm.
Gergaji puting digunakan untuk mengerat secara lurus semasa membuat tanggam seperti membuat puting dan lain-lain.
Gergaji Besi
Gergaji besi digunakan semasa memotong benda yang keras seperti batang besi.
Gergaji Lengkung Halus
Alat ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis.
Pahat Tepi Serong
Pahat jenis ini digunakan untuk membuat parit dan lurah tanggam serta meratakan dasarnya.
Pahat jenis ini digunakan untuk membuat parit dan lurah tanggam serta meratakan dasarnya.
Kikir parut digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu. Saiznya ditentukan oleh panjang kikir dan gred mata pemotongnya.
Tukul Kuku Kambing
Alat ini digunakan untuk mengetuk paku dan mencabut paku.
Tukul Warrington
Tukul jenis ini digunakan untuk mengetuk paku kecil di tempat yang sukar.
Penebuk Pusat
Alat ini digunakan untuk membuat lubang pandu di atas permukaan logam sebelum kerja menggerudi.
Pembenam Paku
Pembenam paku digunakan untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan kayu.
Gerudi Engkol
Gerudi Tangan
Alat ini digunakan untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan papan yang nipis.
Gerimit digunakan untuk membuat lubang pandu sebelum memasukkan skru pada kayu (kayu nipis dan lembut).
Alat ini digunakan untuk mengukur sudut samasa proses membuat tanggam.
Tolok ini digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.