Thursday 24 March 2011

Cara-cara Penggunaan Alatan Tangan

Berikut merupakan cara-cara penggunaan alatan tangan semasa melakukan projek reka bentuk :


Cara Menggunakan Pembaris Keluli
Pembaris keluli diletakkan di atas benda kerja yang hendak diukur. Selarikan bahagian hujung pembaris dengan bahagian hujung bahan tersebut. Kemudian, tandakan menggunakan pensel atau penggarit pada sengatan ukuran yang dikehendaki.



Cara Menggunakan Sesiku L
Letakkan Sesiku L di atas benda kerja yang hendak diukur. Kemudian, rapatkan bahagian badan sesiku L ke bahagian sisi benda kerja kerja. Seterusnya, pastikan sesiku L dan benda kerja dilekapkan bagi mendapatkan sudut tepat 90°. Akhir sekali, gariskan menggunakan pensel untuk mendapatkan garisan yang tepat.




Cara Menggunakan Apit G
Letakkan benda kerja di atas meja. Kemudian, letakkkan dua reja kayu di antara benda kerja tersebut bagi mengelakkan benda kerja daripada rosak. Akhir sekali, kepitkan kedua-dua kayu reja tersebut sehingga benda kerja diikat dengan kemas.



Cara Menggunakan Ragum Kayu
Ragum kayu sememangnya kita boleh lihat telah dilekatkan siap pada bahagian meja kerja. Jadi, bagi menggunakannya, pusingkan pedal untuk membukanya. Kemudian, letakkan kayu reja di antara benda kerja bagi mengelakkan daripada berlaku kerosakan pada bahagian tertentu benda kerja tersebut. Akhir sekali, pusingkan kembali pedal sehingga benda kerja dikepitkan dengan kemas. Konsepnya sama seperti cara menggunakan Apit G.



Cara Menggunakan Gergaji Puting
Semasa menggunakan gergaji puting, penahan tepi yang diperbuat daripada kayu diperlukan bagi memberi kekuatan pegangan semasa melakukan kerja pemotongan. Benda kerja dipegang dan ditolak rapat ke penahan tepi. Akhir sekali, potongkan benda kerja pada aras yang sekata seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.



Cara Menggunakan Tukul Warington
Tukul warrington digunakan untuk mengetuk paku kecil di tempat-tempat yang sukar. Cara menggunakannya, pegangkan paku pada bahagian hujung dua jari. Kemudian, ketuk menggunakan tukul warrington dengan perlahan-lahan sehingga paku terbenam sepenuhnya.



Cara Menggunakan Ragum Kakak Tua
Ragum kakak tua digunakan bagi mencabut paku yang bengkok atau jika tidak memerlukannya lagi. Ragum ini berbentuk seperti playar yang mempunyai pengepit yang tajam di bahagian hadapan. Untuk mencabut paku, kepitkan paku pada gigi ragum, kemudian terik paku tersebut sehingga tercabut.

No comments:

Post a Comment