Thursday, 24 March 2011

Jenis Alatan Tangan Dan Fungsinya


Berikut merupakan pelbagai jenis alatan yang selalu kita dapati di dalam bengkel Kemahiran Hidup :

Pembaris Keluli
      Alat ini digunakan untuk mengukur dan memindahkan ukuran. Selain itu, pembaris keluli juga digunakan untuk membina garisan lurus pada permukaan dan menguji kerataan permukaan.



Sesiku L
Alat ini digunakan untuk membuat garisan lurus bersudut tepat, menguji kerataan, ketepatan. dan kepersegian.





Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk menyukat dan menanda jarak dengan pisau atau pensel. Selain itu, alat ini berfungsi dalam menguji jarak di antara tanda-tanda dan menyelaraskan jarak tolok.




 Apit G
       Apit G digunakan untuk mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu dan memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan. 
     Alat ini juga digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit.



 Ragum Kakak Tua
      Alat tangan ini digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai dan sebagainya. 
      Saiznya adalah antara 125 mm hingga 300 mm.



Gergaji Puting
     Gergaji puting digunakan untuk mengerat secara lurus semasa   membuat tanggam seperti membuat puting dan lain-lain.



Gergaji Besi
     Gergaji besi digunakan semasa memotong benda yang keras seperti batang besi.




Gergaji Lengkung Halus
     Alat ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis.





Pahat Tepi Serong
Pahat jenis ini digunakan untuk membuat parit dan lurah tanggam serta meratakan dasarnya.


      
Kikir Parut
     Kikir parut digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu. Saiznya ditentukan oleh panjang kikir dan gred mata pemotongnya.



Tukul Kuku Kambing
       Alat ini digunakan untuk mengetuk paku dan mencabut paku.



Tukul Warrington
     Tukul jenis ini digunakan untuk mengetuk paku kecil di tempat yang  sukar.



Penebuk Pusat
     Alat ini digunakan untuk membuat lubang pandu di atas  permukaan logam sebelum kerja menggerudi.


                                                         Pembenam Paku
       Pembenam paku digunakan untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan kayu.             



         Gerudi Engkol
    Gerudi engkol digunakan untuk kerja membuat lubang pada permukaan kayu dan papan.





Gerudi Tangan
     Alat ini digunakan untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan papan yang nipis.




  Mata Gerudi Pintal
  Mata gerudi pintal digunakan untuk membuat lubang.



Gerimit              
    Gerimit digunakan untuk membuat lubang pandu sebelum memasukkan skru pada kayu (kayu nipis dan lembut).



Tolok Serong
    Alat ini digunakan untuk mengukur sudut samasa proses membuat tanggam.





Tolok Penanda
    Tolok ini digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.




Pemotong Perspek
Pemotong perspek digunakan untuk memotong perspek.





Gandin Kayu
Gandin kayu digunakan untuk kerja mengetuk dan  membentuk kayu.







Gandin Getah
 Gandin getah digunakan untuk mengetuk dan membentuk keluli.








VIDEO CONTOH-CONTOH ALATAN TANGAN
MARI KITA TONTON BERSAMA-SAMA!!!


sErOnoKkaN KaWan-KawAN...!!! 


18 comments:

  1. xpe try n error.. lame2 nnti power..

    ReplyDelete
  2. thank 4 the comment..will update soon..

    ReplyDelete
  3. Thanks 4 the info... Dpt la siap kan keje skola...

    ReplyDelete
  4. oh macam ni nak guna hihhi

    ReplyDelete
  5. keje sekolah aku buat di sekolah guna e-book lagi hebat dari korang semua

    ReplyDelete
  6. Boleh Minta Langkah-langkah mencabut paku dgn menggunakan tukul kuku kambing dan reja kayu?

    ReplyDelete
  7. sikit je ape bendelah laman web ni macam babi

    ReplyDelete
  8. saya minta maaf kerana mencarut tadi seperti yang kita tahu saya tersalah post sorryy ehh...tapi kubeeran memang handsome

    ReplyDelete
  9. najib kena tahu lawan web ini ok

    ReplyDelete
  10. Tang gabungan tak de ke oii?!!!!

    ReplyDelete
  11. Sepatutnya kenalah ada semua alatan
    Senang orang nak cari
    😪😪😪😪😪😪😪😪🐷🐷

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete